Monday, 26 January 2015

Hari Penting !

Setiap pasangan yg sudah berkawen pasti mpunyai keinginan memiliki cahaya mata sendri, begitu juga aku. Walaupun baru berkahwin, namun seringkali ditanya bila nak ada baby? Ada yang ikhlas brtnya, ada juga yg sinis.

Apa-apa pun aku xputus asa pun, dari tahun lepas berusaha g klinik swasta klinik gomen, ulang alik ambik cuti dan skrg sudah sampai peringkat akhir. Baiklah pada yg tercari-cari langkah - langkah cek kesuburan ni aku ceritakan pengalaman aku kat bawah ni:

First sekali, korang suami isteri kena g ujian darah, xkisah la klinik Kerajaan or Swasta, aku g klinik Kerajaan je. Darah akan di ambil mcm biasa dan dihantar ke makmal utk di analisa. Dalam beberapa minggu akan keluar keputusan, masa ambik keputusan kita kena g jumpa doktor la n doktor akan terangkan, keputusan darah aku dan suami dua2 ok. Lega.

Seterusnya, bagi perempuan akan disuruh buat ujian hormon, yang ni Doktor kerajaan tu suggest aku buat di BP lab di Miri, Lab ni mmg biasa utk buat ujian hormon, yang ni aku g sorang sebab kebetulan masa tu Suami kena g Offshore. Macam biasa la darah ku diambil lagi sebotol dan dalam masa beberapa hari result keluar. Dapat je result aku g klinik Kerajaan tu balik, jumpa doktor dia terangkan yang hormon Estradiol aku rendah sikit, yang mana hormon ni penting sgt2 utk penghasilan telur, wahh rasa kecewa sgt2.  Lepas tu Doktor tu refer aku buat appointment utk aku g Hospital Kerajaan (Bhgn Gynae). 

Dalam masa yang sama Suami aku pula dikehendaki buat ujian Spermanya.  Dia kena hantar  spremanya sebelum next appointment kami dgn Doktor Pakar kat GH. Kiranya masa jumpa Doktor pakar kat GH nanti result sperm dah ada la, so Doktor akan sekali arung consult pasal sprem and masalah hormon aku pada hari yg sama. Balik je dari offshore pagi-pagi keluarkan di rumah pastu pecut ke GH kami mghantar specimen nya. Settle.

Sampai tarikh yg ditetapkan aku dan suami berkunjung ke GH Miri, jumpa Pakar Sakit Puan. Hati berkobar-kobar sgt nak tahu apa penyebab hormon rendah dan apa solution, mcm2 persoalan dalam kepala, bila kepala dah sesak dgn persoalan yang aku cetuskan sendiri, aku pun mula bertanya2 suami itu ini, macam mana kalau aku tak boleh ngandung dan sebagainya, Suami positif je cakap "Jumpa Doktor dulu, if ada problem dorang mesti ada jalan." Sejuk sikit hati. Turn aku pun sampai, Doktor Pakar kat GH tu ckap hormon aku agak rendah tapi sebelum dia berikan apa-apa ubat kesuburan dia nak aku buat 1 kali lagi ujian hormon dan juga HSG, HSG ni utk cek saluran tiub fallopio sama ada tersumbat atau tidak. Wahh semakin takut aku. Utk ujian hormon, darah aku diambil lagi pada hari itu juga, manakala HSG aku meminta utk membuat d Klinik Swasta, Doktor benarkan. Next appointment dgn pakar 3 bulan kemudian. Oh lupa, Doktor tak ckp byk pasal ujian sperm Suami sebab normal, kuat n banyak katanya, apalagi lega la Suami, sbnarnya dia pun takut jugak andai dia ada problem, tp syukur dia sihat, aku jela :( 

Kami ambik keputusan g klinik Swasta. Doktor perempuan huhh lega, xsegan tanya byk sikit, al maklum la dorang nk cek bhgn dalaman aku, sure2 la aku nak ada gmbaran sikit. Jumpa doktor paginya, dia suggest g Xray Dinamik sbb kat klinik dia tak dpt buat HSG. Kami pun menonong la ke Xray dinamik, smpai sana penuh, so esok pagi la kami datang. Keesokannya aku pun buatlah HSG, uhhhh klu tanya aku mmg sakit la. Mula dia masukkan benda macam sudu besi besar tu, ok lagi la tapi masa dia masukkan cecair tu adduhhhh rasanya krem perut, nasib tak lama lebih kurang 10 minit siap, ada berdarah sikit masa aku buat tu. Resultnya keluar time tu jgak, syukur dua2 tiub aku normal, fuhhhh :)

Dah dpt result Xray tiub tu aku n suami terus g Klinik Swasta tu balik, Doktor kata tiub normal. So baru la dia berani suggest ambik Clomid dos 50gm sehari sekali utk 1 cycle. Clomid utk menambah/matangkan telur perempuan. Dia kata kalau tak ngandung jugak dtg sana balik dia nak tambah dos. Wahh semua sekali bill nya 400 rm jugak, cmpur Xray 400 rm, so 800 jugak hilang hari tu. Padahnya g klinik swasta, hahaha tp mmg cepat la.

So aku pun makan la clomid tu dari hari kedua period smpai la hari kelima. Mmg aku makan tiap hari tak miss tp masalahnya aku main ambik je pagi petang malam ikut suka aku, sudahnya hormon aku pun jadi tak stabil, patutnya bila kita ambil waktu pagi jam 10 so esoknya pun kena ambik pada waktu yg sama. So result negative. Wlupun negatif, tpi aku tak g Klinik swasta and ambik keputusan jumpa Pakar kat GH je memandangkan kami pun ada set appointment dgn GH, so menunggu la 3 bulan.

Masanya dah tiba kitaorang g jumpa Doktor pakar kat GH, aku pun beri la result HSG tu, Doktor kata tiub aku ok. So dia beri clomid 50gm jugak plus hari kesepuluh period aku kena g sana buat TVS, TVS tu apa? TVS tu Transvaginal Scan untuk cek telur matang. Yela dia nak tgok la sama ada clomid tu berkesan kat aku ke tidak. 

Hari kesepuluh jatuh hari ahad so aku datang hari ke sebelas, buat TVS dgn Doktor Pakar, dia perempuan n sgt baik. TVS tak sakit lgsung. Dia tunjuk ada dua telur matang aku, satu saiz 26 mm satu lagi 18.8 mm. Dia tak terangkan la pasal saiz cuma aku tgok kat kad n g google, apa yg aku baca dari hasil penggooglelan aku saiz ideal 12mm - 25mm, so maknanya aku ada 1 jela telur ideal. Dia cuma cakap clomid jalan kat aku n aku dah ada telur dan dalam masa 8 hari dari hari tersebut berselang2 hari bersama dengan suami. Aku juga dibekalkan Clomid 100gm utk 4 cycles, next appointment 4 bulan lagi. So harap2 ada khabar gembira buat kami dalam tempoh masa ini. :')











No comments:

Post a Comment